Tuesday, May 22, 2012

Si anak ke-dua

Assalamualaikum

Rasanya dah hampir 2 minggu duduk rumah tapi si pemalas sorang ni masih takda job, tak buat apa apa, duduk rumah je. Haaa sangat bosan. Bertambah pulak keizinan untuk bekerja ditolak oleh si Abah mentah mentah. Okay, saya tahu kenapa Abah tak bagi kerja sebab i have something to do mulai bulan 7, so takkan lah kerja sebulan je, macam tak worth it. Entah, Abah cakap. Saya anak mithali, ikut je hihi :) Buat apa duduk rumah kalau tak makan, tidur, bangun, solat, tengok tv, online, blogwalking. Haa budak takda job memang macam ni, tak produktif. Ohh sad :( Apa apa lah.

Tadi tengah tengah blogwalking nampak artikel pasal anak kedua. And almost semua pasal anak kedua yang dia cakap tu betul. Ehem, saya anak kedua :) 

Degil

Ya saya akui saya seorang yang sangat degil. Orang suruh buat tu, haa kadang kadang tak buat pun. Degil. Tapi degil degil pun, kemahuan si anak kedua ni kuat. Bila dia kata nakkan sesuatu, that means dia memang nak. Degil macam mana pun, dia akan pastikan benda tu dapat. Sooner or later. 

Setia

Haa yang ni tak sure pulak. Haha. Artikel tu cakap anak kedua seorang yang setia bila bercinta but entah, saya tak pernah bercinta jadi saya tak pernah curang :P Kalau pasal persahabatan, haa susahlah kalau diri sendiri yang judge sendiri hihi. Tapi setakat ni, Alhamdulillah saya setia dengan bestfriendssss saya :)

Tidak pandai memujuk

Okay yang ni setuju. Please, jangan merajuk ya adik adik, akak tak reti nak pujuk. Haa padah -.-'

Berdikari

Yes so true. Okay bukan nak puji diri sendiri, tapi statement ni betul. Berdikari sampai mudah bergaul dengan semua orang. Biarlah makan seorang diri ke, berjalan seorang diri ke, anak kedua boleh hidup :)

Keras hati

Sifat yang agak kasar sikit. Okay betul. Saya seorang yang keras hati. Susah ditegur. Kalau tegur, tarik muka T.T Err tpi tak jugak, semua depends dengan keadaan. Kalau dah betu betul salah, tunduk menyerah jugak haha.

Arahan

Anak kedua seorang yang susah terima arahan. Dia dengan kepala dia je. Buat kerja lebih suka sorang sorang. And biasanya kerja sorang sorang tu lagi berjalan dari berkerja dengan orang (:

Pemaaf dan caring

Ehem :P Haa anda rasa saya caring? Dushh haha. Pemaaf tapi bila dia dah marah, bersiap siap lah dengan pedang, m16 serta grenade semua ya 

Credits to; THIS

4 comments:

Alwani Raihan said...

Aku anak sulung. And aku memang geram betul dengan anak kedua which means dekat adik aku ni.

Degil! Sama lah kott macam kaauuuu :P
Hahaha

Nwayy so true, maybe :)

No Name said...

yeay, disini juga anak kedua :)

alira said...

Sy angah jugak :)

chord gitar said...

sangat bagus sekali postingannya saya suka, mampir ke chord gitar chord gitar